Followers

Search This Blog

Tuesday, October 18, 2011

Tandatangan Jurunikah dipalsu tiga kali

BUKIT MERTAJAM – Seorang jurunikah di Permatang Pauh di sini melahirkan kebimbangan dengan kegiatan sindiket pernikahan yang didakwa menggunakan namanya bagi menikahkan pasangan secara haram.


Penolong Pendaftar Perkahwinan, Shamsudin Ismail, 68, berkata, sepanjang perkhidmatannya sejak tahun 1997, tandatangannya telah ditiru untuk melaksanakan akad nikah sebanyak tiga kali.

Jelasnya, dia juga pernah membuat 22 laporan polis berikutan kehilangan 22 helai Surat Perakuan Nikah dalam simpanannya yang dicuri pihak tidak bertanggungjawab dua tahun lalu.
“Pasangan yang ingin bernikah mungkin tidak tahu mereka sebenarnya telah ditipu oleh sindiket sehinggalah perkara itu terbongkar ketika mereka memohon mendapatkan sijil perakuan nikah di Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

“Justeru, pastikan pasangan atau keluarga mereka menjalankan urusan pernikahan di pejabat-pejabat agama daerah dan bukan dengan individu yang kononnya mewakili jabatan agama,” katanya di sini semalam. Sumber : Kosmo

Friday, October 14, 2011

Pelacuran Gadis Vietnam : 10 tahun penjara


Sepasang kekasih termasuk wanita warga Vietnam dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam setelah didapati bersalah terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia pada 2008.

Kong Kok Kyt, 32, dan Lee Vo Tu, 25, warga Vietnam yang hamil lima bulan didakwa memperdaya dua wanita Vietnam untuk melakukan aktiviti pelacuran di sebuah pusat karaoke di Kampung Koh, Sitiawan dari 19 Julai 2008 hingga 23 September 2008. Sumber : Kosmo

Tuesday, October 4, 2011

Bahana Kasanova Rumahtangga Hancur

 Dia memberitahu suami kononnya saya curang dan menjalin hubungan dengan lelaki lain. Saya pula dia beritahu suami ada hubungan dengan perempuan lain.


“Akibatnya saya diceraikan, namun selepas itu dia pula ajak saya kahwin di Siam,” kata wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Aimi, 26, mengenai ‘permainan’ seorang lelaki kasanova untuk memikat mangsanya sebelum mengikis duit mereka.

Aimi berkata, kasanova yang dikenali sebagai Man, 30-an itu amat licik memerangkap mangsa sehingga mampu memikat 20 teman wanita serentak termasuk bekas isteri dan kekasih orang, biarpun kawannya sendiri.

Rahsia Man terbongkar apabila seorang demi seorang kekasihnya tampil membuat laporan polis selepas menyedari mereka dianiaya dan terpedaya.

Menurut Aimi, Man yang juga seorang kakitangan awam beruniform sering menggunakan jawatannya itu untuk memerangkap wanita dan permainan fitnahnya menyebabkan rumah tangga sebahagian mangsanya porak-peranda. “Saya mengenali Man menerusi suami kerana mereka berkawan, namun lama-kelamaan hubungan kami tegang dan selalu bergaduh kerana termakan hasutannya yang mendakwa kami curang.

“Akibat terpedaya dengan fitnah Man, saya diceraikan talak satu oleh suami pada hujung Julai lalu. Sebelum itu, suami juga memukul dan menendang hingga badan saya lebam,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Masai, semalam.

Aimi berkata, lebih menghairankan ialah selepas dia diceraikan, Man beria-ia mahu memberikan bantuan termasuk menumpangkannya di rumah seorang rakan wanitanya, selain memberinya wang RM2,000 bagi membolehkannya hidup bersendirian.

Menurutnya, Man yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak kemudian menyatakan ingin memperisterikannya dengan berkahwin di selatan Thailand.
“Pelik dengan perangainya itu, saya mula terfikir apa yang dikatakannya kepada saya dan suami sebelum bertemu suami serta berbincang hasil bantuan keluarga.

“Kami rujuk semula selepas mendapati Man berniat jahat memfitnah kami suami isteri sehingga bercerai,” katanya.

Seorang lagi mangsa Man yang juga bekas teman wanita lelaki itu, Shima, 30-an berkata, dia menjalin hubungan selama 10 tahun sebelum menyedari ditipu dan diperalatkan untuk mendapatkan wang.

“Sepanjang 10 tahun bersama, saya memberinya lebih RM15,000 wang simpanan saya selepas dia memberi pelbagai alasan untuk menggunakan wang. “Sepanjang tempoh kami berkawan, tidak pernah dia mengaku sudah beristeri dan mempunyai dua anak,” katanya.

Shima berkata, Man seorang panas baran dan sering memukulnya hingga terseliuh pergelangan tangan, namun dia tetap bersama lelaki itu atas dasar sayang dan cinta.

“Bagaimanapun, saya mula tidak tahan dengan sikapnya apabila dia sering membawa wanita lain ke kelab malam dan karaoke sedangkan wang simpanan saya habis dikikis,” katanya.

Seorang lagi mangsa Man yang hanya mahu dikenali sebagai Ina, 18, berkata sikap romantis Man dengan kata-kata manis, peramah serta prihatin terhadap dirinya pada awal perkenalan menyebabkan dia jatuh cinta kepada lelaki itu sehingga terlanjur.

“Man berlagak romantik dan prihatin selain selalu menunjuk-nunjuk dia berharta hingga pernah memberikan saya ribuan ringgit secara tunai.

“Bagaimanapun, lama kelamaan tembelangnya pecah kerana dia membawa wanita lain ketika kami masih bercinta. Semua itu masih boleh dimaafkan kerana saya cintakannya.

“Namun, lebih dikesalkan ialah dia cuba memperalatkan saya memikat lelaki lain sebelum berpesan supaya saya mengikis wang lelaki itu,” katanya sambil memberitahu lelaki dimaksudkan ialah suami Aimi.

Aimi membuat laporan polis berhubung sikap kasanova Man di Balai Polis Masai, 3 September lalu, manakala Shima membuat laporan berhubung penipuan dan ugutan lelaki itu di Balai Polis Scinetx Seri Alam, 26 Julai lalu.

Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan terbabit, namun enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan. Metro

Saturday, October 1, 2011

Berkemban Hadiri Majlis Perkahwinan Norman Hakim dan Memey Suhaiza

 Yasmin Hani

Amanda Imani

 Norman Hakim & Memey

Meriah sungguh majlis resepsi eksklusif perkahwinan Norman Hakim dan Memey Suhaiza pada Rabu lalu. Mata Diva melilau melihat kelibat artis-artis yang hadir dengan bermacam gaya dan fesyen. Ala-ala menghadiri acara karpet merah majlis Anugerah Oscar di Hollywood. 

Diva tertarik dengan busana pelakon Yasmin Hani yang seksi dan elegan. Kalau kat kampung, pakaian begitu macam berkemban sahaja, tapi bila dah letak corak-corak, manik, labuci bagai, jadi cantik tambah lagi si pemakainya cantik, macam mat saleh pula. 

Diva rasa, kalaulah fesyen berkemban itu dipakai anak dara pergi majlis kenduri kahwin mahunya pitam pak cik dan mak cik melihatnya. Yelah, anak dara berkemban datang kenduri kahwin. 

Tapi, Yasmin pakai macam tu kat majlis di hotel lima bintang, dia pun dah nak kahwin tak lama lagi, apalah sangat setakat berkemban pergi majlis sanding berharga RM12 juta.

Haruslah pakaian pun melambang ciri-ciri mahal walaupun macam tak cukup kain nak buat lengan. - Kosmo


Earn Money With Payza Earn money with Payza Get your FREE account with Payza Get your FREE account with Payza

My Blog List

AAKJ.COM

Labels

Cerita lucah remaja Ghairah Suami Hospital Sultanah Nur Zahirah Penawar Racun cerita lucah gila seks seks rambang 150 arrested for burning Christian Houses 19 kali diperkosa ABPBH2012 Air Garam Akta Anti Pemerdagangan Orang Answers sought over Automated Enforcement System Awek Bohsia Berzina Bohsia Buku Jingga Campak tuala wanita dari flat Catherine Kieu Becker Chinese cyber army Datuk Seri Najib Tun Razak England GRO Gadis Gadis Vietnam Google Malaysia IPD Sabak Bernam Innocence of Muslims Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Janda gatal Janda gersang Janda hantar SMS lucah Jennifer Lopez Jessica Simpson Kampung Tawas Kasanova Kenduri saji lauk basi King Richard III Klinik 1Malaysia Lim Kit Siang Maduro Malek Noor Bernikah Manuel Uribe Memey Suhaiza Mike Tyson Miss USA Mohamad Sabu News for H1N1 Norman Hakim On The Floor Ops Noda PAS deputy president PAS jadi bohsia DAP PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang Pakistan gunmen Pelacuran President Nicolas Maduro Sembunyi Bayi Dalam Bag Galas Skandal Sonsang Taliban Terlanjur Dirumah Sendiri Transport minister UNICEF Venezuela World Health Organization aes air mani aksi seks luar tabii anti polio worker babi bakar bapa rogol anak sakit biodata malek noor blasphemy bogel cerita lucah adik beradik cerita lucah main dengan mak child abuse datin seri rosmah mansor datuk najib datuk nik aziz datuk seri kong cho ha deposit kereta drew johnson england flags facebook fasakh gadis berarak bogel gadis jual tubuh gadis kahwin datuk 112 tahun gadis sembunyi kekasih gold scam h1n1 logo h1n1 poster h1n1 virus hackers horse rape intim isteri kuat seks janda gersang cari lelaki janji bersih jennifer lopez official twitter jennifer lopez official website jennifer lopez scandal jering jual daging manusia jurunikah kecurian kenduri kahwin ali rustam kerat king kisah seks kongkek pelajar lahore lesbian london manusia karnibal mexico mike tyson scandal morbid obesity pakistan pelajar mengandung anak luar nikah pelancung tagih seks pemburu pengkid perempuan murahan perkosa permatang pauh petrol naik harga pintu rumah potong zakar pulau tioman queen ranjang rogol same sex tango sekolah pelajar mengandung sekondeng wanita seks luar tabii suami isteri tips jimat minyak traffic accident video clips video lucah wanita zakar zina