Followers

Search This Blog

Wednesday, May 30, 2012

Petani Jual Daging Manusia

Sekadar gambar hiasan. Lihat manusia karnibal -Thailand


BEIJING: Polis di barat daya China menahan seorang lelaki yang disyaki membunuh lebih berbelas-belas kanak-kanak dan remaja lelaki sebelum memotong anggota tubuh mangsa dan menjual daging mereka kepada pelanggan yang tidak sedar ia daging manusia, menurut laporan semalam. (Manusia digelar Kanibal (Cannibalism)

Pihak polis membuat penemuan ngeri itu semasa menyiasat kehilangan sekumpulan remaja lelaki di wilayah Yunnan sejak beberapa tahun lalu, menurut laporan media China dan Hong Kong. 
 
Suspek utama dikenali sebagai Zhang Yongming, 56, yang ditahan dua minggu lalu di kampungnya di Nanmen, Yunnan. 
Dia mulanya disiasat beberapa bulan lalu atas pembunuhan seorang pemuda berusia 19 tahun penghujung April dan beberapa lagi orang lain yang hilang, lapor laman web Guangxi News.

Ketika anggota polis memeriksa rumah Zhang, mereka menemui telefon bimbit lelaki itu, kad bank dan bukti lain, menurut web berita itu yang turut melaporkan bahawa lebih berpuluh-puluh remaja lain hilang dari kampung sama sejak beberapa tahun lalu.
(benarkah ada masyarakat di China makan manusia?)

Zhang dikatakan suka menyendiri dan tidak pernah bercakap dengan jirannya. Dia pernah dipenjara 20 tahun kerana membunuh dan dikenali di kampungnya sebagai ‘raksasa pemakan daging’.

Penduduk juga memberitahu pihak berkuasa bahawa mereka sering melihat beg plastik hijau mengandungi tulang putih tergantung di rumahnya.

Akhbar Hong Kong, The Standard melaporkan anggota polis menemui biji mata manusia yang diawetkan dalam botol ‘seperti arak ular’ dan beberapa cebisan daging manusia tergantung dipercayai untuk dikeringkan sebaik mereka memasuki rumah Zhang. – AFP

Komen : Kurang `inci' agaknya !! Manusia kanibal

Monday, May 21, 2012

Gadis Sembunyi Kekasih Dalam Bilik

Hancur luluh hati sepasang suami isteri selepas mengetahui anak gadisnya berusia 17 tahun membawa masuk teman lelaki ke dalam bilik dan melakukan hubungan seks dalam kejadian di Taman Alam Sari, Bangi, di sini. (Gadis dapat RM1200 semalaman jual tubuh)

Difahamkan, remaja terbabit beberapa kali membawa masuk teman lelakinya terutama ketika ibu bapanya tiada di rumah. (Gadis bernikah dengan lelaki 112 tahun)

Namun, perkara itu terbongkar pada jam 10 malam Jumaat lalu selepas ibu mangsa melihat motosikal di luar rumah mereka sebelum menyiasat dan mendapati ia milik teman lelaki anak gadisnya. (Gadis dilanggar,diculik dan rogol)

Sumber berkata, perkara itu dimaklumkan kepada suaminya yang berada di luar kawasan menjalankan urusan perniagaan.

Katanya, keesokannya sebaik pulang ke rumah, bapa gadis itu mengetuk pintu bilik anaknya, namun tidak dihiraukan sebelum mereka menggertak memecahkan pintu. Sumber

Komen : Sepandai-pandai tupai melompat akhir jatuh ke tanah jua. (mesti tupai tak sekolah)
                Baru 17 tahun, dah hancur !! Siapa yang malu 

Ikuti berita terhangat ini

Friday, May 18, 2012

Jennifer Lopez - Selebriti Terkenal Dunia

Jennifer Lopez - Baca Biodatanya & Dietnya
NEW YORK - Penyanyi terkenal, Jennifer Lopez (Biodata Jennifer Lopez)mengungguli senarai 100 selebriti paling berpengaruh yang dikeluarkan majalah Forbes.

Dia mengenepikan Lady Gaga yang juga penyanyi terkenal yang menduduki No.1 dalam senarai itu sebelum ini.

Lopez, 42, yang juga merupakan pelakon dan penari itu melonjak naik dari kedudukan ke-50 pada tahun lalu.



Pemilihan selebriti itu berdasarkan pendapatan, liputan media dan populariti mereka dalam media sosial.

Menurut Forbes, pendapatan Lopez dalam tempoh 12 bulan lalu dianggarkan AS$52 juta (RM161.8 juta) dan mempunyai harta berjumlah kira-kira AS250 juta (RM875 juta) sehingga tahun 2012 (sila rujuk untuk selebriti yang lain)

Kedudukannya meningkat disebabkan tugasnya sebagai juri rancangan realiti televisyen, American Idol, (sejarah American Idol) rekaan baharu Kohl's, jenama minyak wanginya dan jutaan pengikutnya di laman sosial Twitter serta Facebook. 

Dia juga telah mengumumkan konsert jelajah dunia yang disertai penyanyi popular, Enrique Iglesias. 

Pengacara terkenal, Oprah Winfrey yang memiliki saluran televisyen miliknya, OWN TV selepas menamatkan progam The Oprah Winfrey Show kekal berada di tangga kedua.

Penyanyi pop remaja Kanada, Justin Bieber, 18, kekal di kedudukan ketiga.

Penyanyi Rihanna yang tersenarai buat pertama kali menduduki tempat keempat.

Lady Gaga yang mengungguli senarai yang dikeluarkan Forbes pada tahun lalu kini berada di tangga kelima diikuti juri program televisyen X Factor yang baharu, Britney Spears.
Aktor Tom Cruise berada di tangga kesembilan ekoran kejayaannya dalam filem Mission: Impossible - Ghost Protocol.

Penyanyi Britain, Adele menduduki tempat ke-24. - Reuters

Laman web rasmi Jennifer Lopez, Twitter & Facebook

Monday, May 14, 2012

Jessica Simpson jual gambar anak RM2.5j

Anak perempuan Jessica Simpson - Maxwell Drew (lihat biodata)




LOS ANGELES: Jessica Simpson dikatakan menjual gambar eksklusif bayi perempuannya, Maxwell Drew, yang dilahirkan pada 1 Mei lalu.


Jessica dikatakan menjual gambar itu kepada majalah People dengan harga AS$800,000 (RM2.5 juta). Majalah itu memang terkenal membayar dengan harga mahal untuk gambar selebriti dan anak mereka.

Perkara yang sama berlaku ketika Jennifer Lopez, ketika itu isteri Marc Anthony, melahirkan anak kembarnya Max dan Emme pada Februari 2008.

Jennifer menerima bayaran sebanyak AS$6 (RM18.5 juta). 

Jessica Simpson : Irresistable


Majalah itu turut membayar pasangan Brad Pitt dan Angelina Jolie sebanyak AS$11 juta (RM33.8 juta) untuk gambar anak mereka Knox dan Vivienne tetapi bayaran itu disalurkan kepada dana amal. - Sumber

Komen : Wow !!! mahal gambar anaknya, kalau di sini `jual' anak pun tak mahal macam tu..

Tuesday, May 8, 2012

Kontoi Sekondeng Wanita


SARIKEI: Tabiat jelik seorang lelaki warga Bangladesh yang gemar mengintai wanita dalam tandas di sebuah ladang berdekatan Jalan Bintangor, di sini, menerima padah apabila dia melecur disimbah air panas oleh mangsa intipannya, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, lelaki terbabit yang berusia 20-an dikatakan menggelupur kesakitan akibat melecur di muka, dada, bahu kiri dan lengan akibat terkena air panas selepas disimbah seorang pekerja wanita di ladang berkenaan.

Sumber berkata, lelaki terbabit dikatakan sering mengintai pekerja wanita yang menggunakan tandas berkenaan dengan menebuk beberapa lubang pada dindingnya. Menurutnya, perbuatan lelaki yang juga pekerja ladang itu dikatakan sudah lama berlarutan menyebabkan beberapa pekerja wanita berang dan memasang perangkap.

“Tengah hari tadi (semalam), lelaki terbabit dikatakan mengulangi perbuatan sama apabila mengintai seorang pekerja wanita yang memasuki tandas itu.

“Rupa-rupanya wanita itu hanya berpura-pura menggunakan tandas kerana dia sebenarnya mahu memerangkap lelaki warga asing itu. Malah, wanita berkenaan dipercayai sudah berpakat dengan rakan lain untuk ‘mengenakan’ lelaki itu.

“Ketika asyik mengintai, seorang daripada rakan wanita menyimbah air panas ke arah lelaki itu menyebabkan dia melarikan diri sambil menjerit kesakitan,” katanya. (
Ceroboh rumah jiran untuk intan wanita mandi.)

Sumber itu berkata, lelaki terbabit bernasib baik kerana segera dihantar beberapa pekerja ladang untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sarikei. (baca pula intai wanita kena tembak)

“Bagaimanapun, berikutan kecederaan parah dialaminya, lelaki terbabit dirujuk ke Hospital Sibu,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu dan memaklumkan, keadaan lelaki terbabit dilaporkan stabil. Sumber 
Buat duit dengan mouse dan browser, 1000 Traffic percuma.

Tuesday, May 1, 2012

`Aksi Seks ' Ibu Bapa Jadi Tontonan Anak

Aksi Seks Menjadi rahsia suami-isteri - Gambar Hiasan
 
Neraka dunia. Itu yang terpaksa diharungi seorang penjawat awam wanita berusia 30-an apabila sering dipaksa suaminya yang juga berusia 30-an melakukan aksi seks, termasuk luar tabii di hadapan ketiga-tiga anak mereka di ruang tamu rumah sejak tujuh tahun lalu.

Lebih menjijikkan suami bernafsu binatang itu juga gemar merakam aksi ‘bersama’ mereka sejak malam pertama perkahwinan sehingga kini.

Sumber berkata, lebih mengaibkan mangsa, anak perempuan mereka yang berusia tujuh tahun sering melakonkan kembali adegan seks itu bersama abang sulungnya berusia 15 tahun.

Katanya, hati ibu mana yang tidak hancur melihat perbuatan jijik suami yang merosakkan ketiga-tiga anak mereka berusia tujuh hingga 15 tahun itu.

“Mangsa mendakwa dia sudah diperlakukan sedemikian sejak berkahwin dengan suaminya lebih 15 tahun lalu, malah pada malam pertama aksi mereka di dalam bilik dirakam suaminya menggunakan telefon bimbit dan kamera video.

“Namun, selepas mendapat cahaya mata, suaminya bertambah pelik dengan memaksanya melakukan aksi bersama termasuk di luar tabii di hadapan ketiga-tiga anak mereka,” katanya.

Kata sumber itu, jika si isteri enggan menuruti kemahuan gila suami, dia dibelasah.

Dia berkata, lelaki terbabit baru saja berkahwin lain awal bulan lalu dengan seorang wanita dari negara jiran, namun sikap jijiknya melayan mangsa tidak berubah.

“Suami mangsa juga bukan saja merakamkan aksi seks mereka, malah aksi mangsa yang membuang air kecil di dalam tandas juga dirakam bagi tujuan koleksi.

“Daripada pengakuan mangsa, suaminya sudah mempunyai banyak koleksi rakaman aksi ‘bersama’ mereka dan tidak mengetahui tujuan dia bertindak demikian,” katanya.

Tidak tahan dengan tabiat buruk suaminya, wanita berkenaan memohon fasakh untuk bercerai dan membuat laporan polis awal bulan lalu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri (JPWN) Perlis, Muhamad Hazimin Jamaludin berkata, kes penderaan wanita berlaku berdasarkan pelbagai faktor.

Katanya, kes penderaan seksual kebanyakannya berpunca daripada suami yang terpengaruh dengan bahan video lucah yang ditontonnya.

“Mereka mungkin terdedah dengan bahan lucah ini selepas ia terlalu mudah didapati dan pendedahan itu akan memberi kesan kepada perubahan seksual mereka, termasuk mencubanya ke atas isteri,” katanya.

Menurutnya, sebarang kes yang diterima disiasat dan memberi khidmat prakaunseling dalam usaha memberi maklumat mengenai tindakan yang perlu diambil.

Pihaknya juga sedar mangsa trauma akibat nafsu buas suami yang jika tidak dituruti mengundang kepada penderaan fizikal.

“Kami akan membantu daripada segi kaunseling, termasuk mengemukakan masalah kepada pihak berkuasa seperti Mahkamah Syariah atau jabatan berkaitan.

“Jika orang ramai yang berasakan diri mereka didera, mereka boleh tampil membuat aduan untuk bantuan,” katanya.

Mengulas kes terbabit, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa.

Menurutnya, polis sudah menyerahkan laporan kepada Jabatan Agama Islam Perlis bagi tindakan lanjut kerana ia di bawah bidang kuasa mereka.

“Wanita berkenaan membuat laporan polis, tetapi ia lebih menjurus kepada masalah rumah tangga dengan suaminya,” katanya.  Sumber 

Isu berkaitan,

Earn Money With Payza Earn money with Payza Get your FREE account with Payza Get your FREE account with Payza

My Blog List

AAKJ.COM

DonkeyMails.com: No Minimum Payout

Labels

Cerita lucah remaja Ghairah Suami Hospital Sultanah Nur Zahirah Penawar Racun cerita lucah gila seks seks rambang 150 arrested for burning Christian Houses 19 kali diperkosa ABPBH2012 Air Garam Akta Anti Pemerdagangan Orang Answers sought over Automated Enforcement System Awek Bohsia Berzina Bohsia Buku Jingga Campak tuala wanita dari flat Catherine Kieu Becker Chinese cyber army Datuk Seri Najib Tun Razak England GRO Gadis Gadis Vietnam Google Malaysia IPD Sabak Bernam Innocence of Muslims Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Janda gatal Janda gersang Janda hantar SMS lucah Jennifer Lopez Jessica Simpson Kampung Tawas Kasanova Kenduri saji lauk basi King Richard III Klinik 1Malaysia Lim Kit Siang Maduro Malek Noor Bernikah Manuel Uribe Memey Suhaiza Mike Tyson Miss USA Mohamad Sabu News for H1N1 Norman Hakim On The Floor Ops Noda PAS deputy president PAS jadi bohsia DAP PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang Pakistan gunmen Pelacuran President Nicolas Maduro Sembunyi Bayi Dalam Bag Galas Skandal Sonsang Taliban Terlanjur Dirumah Sendiri Transport minister UNICEF Venezuela World Health Organization aes air mani aksi seks luar tabii anti polio worker babi bakar bapa rogol anak sakit biodata malek noor blasphemy bogel cerita lucah adik beradik cerita lucah main dengan mak child abuse datin seri rosmah mansor datuk najib datuk nik aziz datuk seri kong cho ha deposit kereta drew johnson england flags facebook fasakh gadis berarak bogel gadis jual tubuh gadis kahwin datuk 112 tahun gadis sembunyi kekasih gold scam h1n1 logo h1n1 poster h1n1 virus hackers horse rape intim isteri kuat seks janda gersang cari lelaki janji bersih jennifer lopez official twitter jennifer lopez official website jennifer lopez scandal jering jual daging manusia jurunikah kecurian kenduri kahwin ali rustam kerat king kisah seks kongkek pelajar lahore lesbian london manusia karnibal mexico mike tyson scandal morbid obesity pakistan pelajar mengandung anak luar nikah pelancung tagih seks pemburu pengkid perempuan murahan perkosa permatang pauh petrol naik harga pintu rumah potong zakar pulau tioman queen ranjang rogol same sex tango sekolah pelajar mengandung sekondeng wanita seks luar tabii suami isteri tips jimat minyak traffic accident video clips video lucah wanita zakar zina