Jennifer Lopez - Baca Biodatanya & Dietnya |
NEW YORK - Penyanyi terkenal, Jennifer Lopez (Biodata Jennifer Lopez)mengungguli senarai 100 selebriti paling berpengaruh yang dikeluarkan majalah Forbes.
Dia mengenepikan Lady Gaga yang juga penyanyi terkenal yang menduduki No.1 dalam senarai itu sebelum ini.
Lopez, 42, yang juga merupakan pelakon dan penari itu melonjak naik dari kedudukan ke-50 pada tahun lalu.
Pemilihan selebriti itu berdasarkan pendapatan, liputan media dan populariti mereka dalam media sosial.
Menurut Forbes, pendapatan Lopez dalam tempoh 12 bulan lalu dianggarkan AS$52 juta (RM161.8 juta) dan mempunyai harta berjumlah kira-kira AS250 juta (RM875 juta) sehingga tahun 2012 (sila rujuk untuk selebriti yang lain)
Kedudukannya meningkat disebabkan tugasnya sebagai juri rancangan realiti televisyen, American Idol, (sejarah American Idol) rekaan baharu Kohl's, jenama minyak wanginya dan jutaan pengikutnya di laman sosial Twitter serta Facebook.
Dia juga telah mengumumkan konsert jelajah dunia yang disertai penyanyi popular, Enrique Iglesias.
Pengacara terkenal, Oprah Winfrey yang memiliki saluran televisyen miliknya, OWN TV selepas menamatkan progam The Oprah Winfrey Show kekal berada di tangga kedua.
Penyanyi pop remaja Kanada, Justin Bieber, 18, kekal di kedudukan ketiga.
Penyanyi Rihanna yang tersenarai buat pertama kali menduduki tempat keempat.
Lady Gaga yang mengungguli senarai yang dikeluarkan Forbes pada tahun lalu kini berada di tangga kelima diikuti juri program televisyen X Factor yang baharu, Britney Spears.
Aktor Tom Cruise berada di tangga kesembilan ekoran kejayaannya dalam filem Mission: Impossible - Ghost Protocol.
Penyanyi Britain, Adele menduduki tempat ke-24. - Reuters
No comments:
Post a Comment