Sekadar gambar hiasan : Teka perkhawinan siapa ? |
Berita benar ini berlaku di Balik Pulau - P.Pinang, dimana kemeriahan majlis persandingan satu pasangan pengantin di Dewan
Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Teluk Bahang di sini kelmarin
bertukar kecoh apabila lauk-pauk yang disajikan didakwa telah basi dan
berbau busuk manakala nasinya pula mentah.
Kejadian itu menyebabkan lebih 1,000 jemputan majlis perkahwinan
Nazurah Romai, 21 dan suaminya, Nazli Che Amat, 22, kakitangan sebuah
syarikat swasta, terpaksa pulang dengan perut kosong.
Gambar sebenar : Nazurah & Nazli di pelamin yang penuh kenangan |
Hidangan itu ditempah menerusi pakej sebuah syarikat perancang
perkahwinan yang mengenakan bayaran RM17,000 untuk sajian, sepasang
persalinan untuk majlis akad nikah, pelamin, fotografi dan cenderamata.
Difahamkan, pasangan itu telah menjelaskan bayaran sebanyak RM14,000 kepada syarikat berkenaan.
Nazurah yang merupakan seorang pelajar di sebuah kolej swasta di
sini berkata, peristiwa yang memalukan itu disedari sewaktu mereka mahu
menjamu beberapa orang tetamu pada majlis tahlil kira-kira pukul 10
pagi. Sumber :
Komen : `Claim balik dari syarikat tersebut, kalau tak bayar buat report polis dan saman malu !!
Get Free Quality Traffic Here