Sekali lagi facebook disalahgunakan untuk tujuan terlarang. Kali ini  membabitkan seorang isteri yang menjual gambar separuh bogelnya dengan  menjadikan laman sosial di Internet itu sebagai medium untuk mencari  pelanggan dan proses tawar-menawar.  
  Selepas lelaki yang berminat memasukkan wang ke dalam akaun  banknya, wanita berusia 35 tahun itu menghantar gambar separuh bogelnya  kepada lelaki terbabit melalui khidmat pesanan multimedia (MMS) di  telefon bimbit.
  Perbuatan menjijikkan itu terbongkar selepas suami wanita terbabit  yang hanya mahu dikenali sebagai Amri, 43, diberitahu seorang daripada  lelaki yang pernah membeli gambar isterinya itu.  
“Hancur hati saya apabila mendapati apa dikatakan lelaki itu benar selepas saya memeriksa telefon bimbit serta komputer isteri.
“Hancur hati saya apabila mendapati apa dikatakan lelaki itu benar selepas saya memeriksa telefon bimbit serta komputer isteri.
“Malah, saya menyamar dengan menggunakan nombor telefon lain untuk berurusan dengan isteri melalui facebook dan maklum balas diterima membuktikan dia tergamak menjual gambar separuh bogelnya untuk mendapatkan wang,” katanya. Sumber : Metro




 
 
 
 
 
 
 
 
 



No comments:
Post a Comment